Saturday, August 31, 2013

a shoulder to lean on

copy paste post dari ssorg yg digelar kakak.

"ada orang kata, "aku boleh hidup sendiri tanpa orang lain." persoalan aku, "mampu ke kau buat macam tu?"


aku bukan mempersoalkan pendapat sesiapa, tapi bagi pandangan aku,setiap apa yang kita lakukan dalam dunia ni kita mesti akan bergantung dengan orang lain.

contohnya, kita lapar tapi kita malas nak masak kat rumah sendiri. jadi, nak tak nak kita kena beli makanan kat kedai makan. tapi boleh ke kau cakap kau tak nak beli makanan kat kedai tu sebab tak nak susahkan tukang masak. boleh ke??

walaupun benda paling simple dalam hidup ni kau mesti akan bergantung dan terhutang budi dengan orang lain. tak kira la famili-adik-beradik-cikgu-kawan-bf-bff-gf-tukang kebun-penoreh getah-pakcik gali kubur-orang gila. semuanya saling berkait.

bagi aku,kita tak boleh cakap yang 'aku-boleh-hidup-tanpa-orang-lain' sebab kau lahir kat dunia ni pun sebab orang yang saling bergantungan iaitu mak ayah kau. DUA orang bukan SEORANG. tapi aku tetap salute dekat orang yang boleh jadi 'forever alone'. you really can live in that way ha.. but I really know that someday you will,you will need some help from others.

lagi satu persoalan aku,macam mana kau kata kau boleh in a relationship dengan a guy/lady tapi kau tak share life kau dengan dia. how could that be?

ikut yang aku faham,first, kalau kita in a relationship dengan someone mesti kau share dengan dia story of your life. who are your siblings. what your mom and dad works. where were you lived in. itu bukan kira share ke sebab nanti your partner mesti bagitau balik about their life kan. takkan la kau senang-senang nak cerita pasal personal life kau kat strangers. scary.

second,  kalau kita in a relationship dengan someone mesti kau share dengan dia pasal problems kau kan. contohnya problem kau dengan jiran kau yang buang najis kucing dia kat depan rumah kau dua bulan lepas. even silly thing happens,mesti kau cerita kat your partner jugak.

sebab apa kau cerita semua ni?sebab apa kau share semua ni dengan partner kau?

sebab sejak kau betul-betul nak in a relationship dengan dia kau dah letak secebis hidup kau dalam diri dia. walaupun secebis,kau tetap nak rasa kongsi dengan dia dan kau harap dia rasa macam tu jugak. rasa gembira-sedih-kecewa-bahagia-jatuh-bangun-duka-berbunga sebolehnya kau nak kongsi semua ni bersama. apa maknanya kalau kau nak in a relationship tapi tak nak ada relationship. mungkin kau patut jadi forever alone.

forever.

konklusinya, tak ada benda dalam life kita ni yang kita mampu untuk tanggung seorang diri dan kita dilahirkan bukan untuk hidup sendiri. alih-alih pasti akan ada satu yang kita pilih untuk bergantung ; tuhan."





p/s: Tanah Tumpahnya Darahku. :)

No comments: