well, it doesnt going as smooth as i've planned before.
konon bajet la nak buat semuanya sendiri. jadi lepas buya pergi kerja, aku pun bersiaplah mandi semua. perkara pertama dalam otak ialah nak kena renew ic dulu sebab aku cuak JPN ramai orang. selepas mengugel lokasi JPN yang terdekat iaitu di sri rampai, aku pun menapaklah ke putra. pastu tetiba aku mati kutu tatau nak ambil bas num berapa, jadi aku naik teksi. kenapa aku tak drive? kau tanya aku kenapa tak drive?? well sebab utamanya mestilah sebab lesen aku dah mati. tapi sebab sebenar? #akucuakgilababengnakdrivesorangsebabnakpergisrirampaituadabukitpastuakutraumatakutkeretaterundurkebelakang. =="
| awak tarik handbrake macam orang bawak lori -pakcik sekolah memandu |
sesampainya di JPN, terus ambil num giliran. BEB. giliran aku lagi 3 je lepas tu. BAPAK GUMBIRA! mungkin sebab aku antara orang yang datang awal kot? masa tu pukul 9:20am. mana tak nyerr. bila tiba turn aku, da siap bayar rm10, aku pun expect la kena tunggu 40mins ke ape ke, sebab dengar cerita, sekarang ni ic siap cepat. to my surprise, akak tu cakap "adik nanti datang balik selepas 2 minggu ya untuk collect ic baru"
did you said selepas-2-minggu?
did you?
wait a minute.
"apa? 2 minggu? kenapa tak minggu depan?"
"memang kena tunggu 2 minggu dik"
"tapi.. minggu depan saya dah balik U. tak boleh ke minggu depan??"
"kalau macam tu, adik diberi pilihan sama ada nakk amik dekat JPN berdekatan U atau disini saja. kita beri tempoh 2 tahun untuk ambil ic baru ni. jadi, adik bila dah cuti, bila -bila masa je boleh datang collect ic."
| right. aku masih skeptikal tentang tempoh yang terlalu lama itu |
oh man. stupid punya jpn sri rampai! jpn lain boleh je buat 40mins, why on earth you have to make it to 2 weeks?! apa kad tu kena sidai bawah matahari ke nak kena peram sampai lama macam tu. FISH!
then, aku pun keluar pada selepas 20 min. bapak la kecewa. aih. menyesal pulak buat kat cawangan JPN situ.
selepas menahan perasaan bengkek di hati, aku pun naik teksi balik untuk pergi ke aeon wangsa maju. plan nak cuci mata jap before naik putra pergi melencong tempat lain. tengok-tengok aeon tak bukak lagi. pukul 10 baru bukak. aiseh. to kill time, i called my bubu and told her about my ic. tak pasal dia suruh pi buat lesen, alang-alang keluar (sebab dia tahu aku jenis yang paling liat nak keluar rumah).
bila pukul 10 je, aku terus masuk aeon and 1st thing to do is to have my licence's picture. nak dijadikan cerita, aku tak dapat diskaun eh untuk 4 keping gambar ciput cekodok kobeng tu. rm12 for 4 pics is totally...hmm. MAHAL. aku tawu lah harga tu mmg harga standard. tapi..beb...doblas ringgit tu, pada masa itu boleh buat aku tambang teksi la woi!! nak tak nak, aku bayar je lah. menangis tak berlagu aku kat situ.
kalau nak diikutkan, jarak aeon wangsa maju dgn JPJ sangat la DEKAT...kalau naik kereta. tapi kalau kau nak suruh aku menapak, memang boleh berkuah ketiak weh. i've done that before (masa teman abang aku nak renew lesen, masa tu memang fikir nak penjimatan tahap gaban) and i will never do it again. so, aku pun tahan lagi teksi. masa cakap nak pergi jpj, abang teksi tu boleh cakap "ha? jpj? jpj yang dekat belakang ni?". pfffftttttttt. nasib masa tu aku buat muka paling selenger & abang tu willing nak hantar. masa tu punya la aku fikir, kenapalah aku tak nak drive. wuuuu. hidup kat kl ni sengsara!
sesampainya di jpj, aku pun terkejut beruk. bapak ramai giler orang. turn aku lagi 27 orang. muahaha. duduk je la melayan perasaan. bila turn aku da tiba, cepat2 pergi kat kaunter.
"morning"
"morning, adik nak buat apa?"
"nak renew lesen"
"lesen lama serta gambar ye"
"okay"
"baiklah dik. adik nak renew untuk berapa lama?"
"kalau setahun kira macam mana?" *padahal aku tahu, rm30 setahun. saja nak konpemkan
"setahun rm30 dik. tapi berkuatkuasa tahun 2014, dah naik jadi rm45"
"Hah?? rm45?? mahalnya!"
"itu memang da ditetapkan dik. jadi berapa lama?"
"2 tahun jela kak"
"kalau begitu, total semua rm75. rm30 untuk tahun ni, rm45 untuk tahun depan"
*hulur duit*
"nanti adik tunggu kat kaunter 15, lesen akan siap kat sana"
agak-agak dalam 20mins, lesen pun siap.
lesen baru warna putih, fuyooo.
![]() |
| contoh lesen baru |
lepas gumbira dapat setelkan semuanya dalam masa 2 jam, aku pun menapak keluar. ingat nak pergi klfestival. sebab lokasi dia kira seberang jalan je. tapi KEPALA LAA. jalan tu kira jalan besar woiiii. aku ingat nak lintas je, tapi kereta punya la bapak lajuuu. ada 4 lane sebelah sini, 4 lane sebelah sana. celah mana aku nak lari cenggitu? tak pasal aku mati katak tengah-tengah jalan. wuuu. terus mati mood aku nak g klfestival. terus aku plan pergi wangsa walk pulak. macam biasa, naik teksi. kira RABAK la haritu.
pakcik teksi pun satu hal. borak pasal anak dia la, pasal kerja la. mentang-mentang aku beritahu dia yang aku pun student, lagi rancak la dia bercerita. aku pulak main tadah je telinga. mata pulak nak bernanah tengok meter. bapak laaaaa. dah lama tak kena tambang cenggitu. boleh pulak badluck, sepanjang traffic light, semuanya dapat merah. wuu. sabar je la pakcik oii. dah rezeki dia kan, bayar je la tambang tu.
| nasib baik tak dapat meter cenggini. kalau tak memang aku terjun keluar dari teksi tu. |
sampai-sampai je, terus aku cari port lunch. sebab rindu sangat dengan rootbeer, aku layankan jugak a&w. siap mintak set large sebab nak dapat curly fries. again, lunch sorang-sorang. benda ni bukan hal besar tau sebenarnya. yang menjadi aku tak senang duduk ialah...bila ada couple duduk seberang meja. punyalah port baik aku cari celah-celah ruang kosong, nak jugak dia duduk situ. aihh. telinga ni punya berbulu je dengar dorang borak. nasib baiklah aku berjaya makan dengan pantas dan efisien terus chow naik atas.
plan seterusnya nak tengok the purge. gila kental nak tengok sorang-sorang. tapi nasib baik lah showtime tak mengizinkan. jadi, aku pun proceed ke karok. beb, aku karok sorang eh.
SORANG.
kau boleh tak bayangkan karok sorang tu macam mana?
kahkahkah!
dia macam ni tau,
first sekali aku pilih lagu baldu biru. ni among fav song la sebab aku suka lagu yang tarik-tarik ni.
aku bajet boleh la kan.
BAJET.
tengok tengok..
beb. baru first verse, aku dah annoyed dengan suara sendiri. bapak sumpah tak sedap. aku rasa nak keluar je tempat tu tapi disebabkan sayang sangat dengan duit, aku teruskan misi karok tu.
hampir semua lagu yang aku tak boleh bawak aka suara langsung tak boleh blah, aku switch on suara penyanyi asal dia. HAHA. kira konon, kononlah boleh sedapkan telinga sendiri, bajet suara sesedap itu. lalalalala~~
setelah sejam lebih memegang mic, aku pun keluar dari tempat itu berbekalkan dengan pandangan abang tukang mop yang berkerja di situ. FISH. dia boleh gelak kat aku. hampeh. nampak sangat skodeng aku kan? (padahal dinding bilik karok tu memang langsung tak soundproof) pergh. malu seh.
![]() |
| akhirnya aku mengaku lepas dengar suara sendiri. ==" |
jadi moral daripada cerita yang langsung tak bermoral ini ialah......
"Manfaatkan lesen memandu anda demi kesejahteraan bersama"
sekian.


No comments:
Post a Comment