Sunday, August 23, 2015

berlari berkejaran

Salam.

(Tak perlu baca kalau tak nak bazir masa atas perkara yang tak berfaedah)


Aha. Tajuk cam gampang. Padahal nak throwback kisah ritual jogging yang pernah diamalkan selama setahun sebelum terkubur selama-lamanya. Apekah?

Zaman jogging tu pernah la jugak melanda sewaktu form 4-form 5, tapi nak buat apa jogging kalau hari-hari pun balik sekolah dah kepenatan tunggu bas pastu naik lrt pastu jalan kaki balik umah berkejar pergi tuisyen bagai. Pfft (konon nak bagitau tu zaman paling cekang, paling sanggup-berkorban-semata-nak-saving). Jogging pun time cuti sekolah dengan si Fiza. Dia je la yang melayan aku, dia jugak la yang join jogging takpun cycling dari awal keramat sampai ke hujung keramat. Itu cerita dulu la.

Pastu bila masuk Plkn tu, haa, zaman kegemilangan paling fit sepanjang 23 tahun hidup kat dunia ni. Zaman tu la seorang Syarah yang paling aktif telah dilahirkan (baca dengan nada gelak guling2). Apa taknya, pukul 12 sharp dah tido, pastu pukul 4 pagi dah bangun. Terus gosok baju dan? Sapu dorm (disebabkan ada spesis yang tak sapu rambut yang berkepal-kepal kat lantai, pfft). Pastu pukul 5 dah kena roll call, dok PT (lompat bintang) sampai 50-200 kali (yang sampai 200 tu sebab kena jadi wakil sukan air:kayak. Alasan coach kata; nak kasi tangan kuat kena PT200). Kepala dia la. Pastu join class, yadda2. Tapi ada satu masa tu, memang tetiba fit tahap petala langit ke tujuh. Time cuti raya cina. Why?

Masa tu, sebagai budak semenanjung yang taknak spend duit untuk tiket flight, si seorang Syarah decide nak spend the whole cuti raya cina dekat kem. Lol. Melepet la kat situ dengan budak2 lain yang tak balik kampung. Time tu, memang aktiviti bebas. Cuma ada la certain aktiviti macam sukan dengan program bbq. So how to kill time? Si seorang Syarah ni la tetiba aktif semacam, pi main netball dengan cara basket (basketball). Lol. Sebab si seorang Syarah memang tak reti any rules in netball. Kalau bebudak lain main pukul 4-6 ptg, dia pulak pi main dlm pukul 8-11, pastu break, pastu sambung balik 2-4,  pastu kengkadang pi join budak lain pulak sampai pukul 6. Pergh. Masuk air gila time tu. Biasalah, orang noob baru kenal sport en. Tak memasal time sukan, tetiba jadi wakil netball (center pulak tu!) pastu main bola sepak yang 7 sebelah tu. Pastu siap lawan basket (tak masuk dalam program cuti) dengan pelatih lelaki. Nampak tak dia punya semangat kesukanan tu paling ohsemm (sila gelak dengan nada guling2 lagi).

Then bila da balik plkn, masuk matrik. Hidup rasa macam culture shock. Yelah, takde geng nak buat aktiviti sama2 kan. Yang mampu teruskan cuma jogging, tu pun time weekend je. And waktu yang dipilih selalunya time orang tak ramai, which is always hari ahad dalam pukul 7 sampai 7.45 sharp. Jogging tu mesti berakhir kat kopsa di mana seorang Syarah mesti kena beli surat khabar The Sunday Star. Tiap kali jogging memang tak pandang kiri kanan, kena buat hal sendiri, kena pakai earphone, then yang paling penting; elak sebarang pertembungan dengan orang-orang yang tak sepatutnya. Contoh macam lelaki ke, ape ke. Tapi rules tu bila jogging sorang je, bila ada member dia jadi lain pulak. Kengkadang member seorang Syarah tu femes, byk kenalan. Ramaila yang menegur. Zzzz.

So bila dah zaman U? Ha ha ha. Seorang Syarah da officially retired and tak mau ada kaitan pun dengan any sports, etc. Kecuali ada satu sem tu kena wakil kawad. Pastu kojol dah. Ada la sekali sekala join marathon 5kilo, tapi takat tu je la. Yang lain memang dikhaskan untuk? T.I.D.O.

Hasilnya? Fitness level drops significantly. Stamina kelaut. Berat naik. Lengan sado. Dan segala benda lain. Jadi, apa sebenarnya tujuan seorang Syarah upload post sebegini rupa?Adakah untuk menambah lagi segala ketidakpuasan atau komplen mengenai stamina yang kelaut?

Mungkin.

Sebabnya semalam pi jogging dari pukul 7 sampai 10, memang nekad gila si seorang Syarah berjogging sakan. berkali-kali round tasik sampai lebam.

Bila balik rumah? Terlentang sampai pukul 3. pastu kena perli sebab gemuk sangat sebab tu jogging sikit je da tak larat. Bahahaha. Hampeh punya family, bukan nak bagi moral support.

P/s:Takpe Syarah! You can do it! *pegang pom pom*


No comments: